-->
Heart Talk :))

Tuesday, May 28, 2013

tips BELAJAR secara berkesan

Assalamualaikum w.b.t
 
Haa , ada tak antara korang yang banyak hadapi masalah dalam belajar ? Mesti ada kan , jangan nak tipu la . Actually aku sendiri pun hadapi masalah yang sama jugak . antaranya , susah nak ingat , susah nk paham n bia dah baca banyak kali pun but still blur dalam exam . jangan gabra and relaks . aku akan kasi tips utuk korang settlekan masalah korang tue .tips nie dibawakan khas oleh Dr . Fadhilah Kamsah .
 
 
 
TIPS - TIPS :))
  •  Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  • Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
       - Kita ingat 10% apa yang dibaca         
       - Kita ingat 20% apa yang didengar
       - Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
       - Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
       - Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
 
 
  • Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.  
  •  Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.
  • Manfaatkan kemahiran mengingat:
         - Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
         - Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
         - Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  •  Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham  
  • Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.
  •  Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti
  •  Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.  
  •   Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.
  • Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.
  •  Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  • Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.
  •  Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar                

Sudah baca, harap komen:)

Posted by berbicara tanpa suara at 6:04 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: tuyaa's ENTRY

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Di Sebalik Tabir

Di Sebalik Tabir

to be mine

8A'S PMR 2011
BESTFRIENDS
9A'S SPM 2013
psycologist

FOREVERbestie

FOREVERbestie

relaXx

Blog Archive

  • ▼  2013 (7)
    • ▼  May (7)
      • we have ALLAH .
      • izzue islam's wedding :))
      • small matter , dear .
      • tips BELAJAR secara berkesan
      • SPMvictims .
      • heart :))
      • new born :))

Followers


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Light Red Pointer
Picture Window theme. Theme images by LonelySnailDesign. Powered by Blogger.