-->
Heart Talk :))

Tuesday, May 28, 2013

izzue islam's wedding :))

 Assalamualaikum w.b.t
 
haa , aku nak share cket pasal wedding IZZUE ISLAM nh . harap jangan ada yang nangis k . hahaha .its okie , aku paham perasaan korang .



 




Bakal disatukan dengan pujaan hati, Awin Nurin yang dikenali sejak lima tahun lalu, Ahad ini
Kurang seminggu lagi, pelakon dan penyanyi, Muhammad Izzul Islam Mazlan atau Izzue Islam, 23, bakal disatukan dengan wanita pilihan Awin Nurin. Namun, dalam kesibukan itu, jadual seni Izzue masih padat.
Izzue yang juga salah seorang anggota kumpulan Forteen hanya mula bercuti tiga hari sebelum dia dan Awin diijabkabulkan, Ahad ini. Enam hari kemudian, Izzue akan kembali memenuhi komitmen sebagai artis dengan menyambung penggambaran drama rantaian.


Mujur dengan bantuan tunang, keluarga dan pegawai perhubungan perhubungan awam (PR), urusan pernikahan Izzue menjadi lebih mudah. Malah, Izzue mengakui tidak sabar menghitung hari menamatkan zaman bujang dengan wanita dicintai.
Takut kehilangan tunang
Menamatkan zaman bujang pada usia muda, apatah lagi ketika namanya sedang meniti gerbang popular, tidak membimbangkan jejaka berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Izzue menganggap pernikahan sebagai ketentuan takdir. Dia bimbang andainya menolak jodoh dengan Awin, peluang untuknya bertemu wanita sebaik bakal isterinya itu menjadi tipis.
“Kami sudah saling mengenali sejak lima tahun lalu ketika saya belum bergelar artis. Dia seorang wanita yang sangat memahami, malah dia tahu susah senang saya.
“Kita tidak tahu ujian yang bakal diturunkan, jika saya tangguhkan hubungan ini, peluang untuk bertemu dengan wanita lain mungkin ada. Tetapi peluang untuk mendapat wanita sebaik dia mungkin susah,” kata Izzue yang merancang untuk berbulan madu dengan Awin selepas penggambaran drama episod Sahabat berakhir.
“Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar dengan bantuan mereka yang berada di sekeliling saya. Maklumlah, saya sibuk dengan penggambaran drama Sahabat sebanyak 36 episod terbitan Suhan Movies, jadi masa agak terhad untuk menguruskan hal perkahwinan.
“Melainkan jika penggambaran dilakukan di Kuala Lumpur, saya akan cuba mencari ruang untuk melakukan apa yang patut. Setakat ini, boleh dikatakan persiapan hampir siap sepenuhnya dan kami menanti masa untuk diijabkabulkan saja,” kata Izzue.


Bukan niat selindung

Memilih tarikh ulang tahun kelahirannya untuk disatukan, majlis sambut menantu di sebelah keluarga Izzue pula dijangka diadakan secara kecil-kecilan di Kelantan, Aidilfitri nanti.
Izzue sengaja memilih Aidilfitri nanti bagi memudahkan bertemu saudara mara yang akan pulang ke kampung menyambut hari raya. 
Ditanya mengapa merahsiakan pertunangannya dengan Awin hingga ada yang membuat spekulasi kononnya bimbang populariti merudum, anak kedua dari lapan beradik itu menyangkal dakwaan itu.
Jelas Izzue, dia tidak berniat menyorokkan statusnya sebagai tunangan orang. Ini kerana baginya hal pertunangan tidak wajib dihebahkan. Sebaliknya, Izzue enggan menanggung malu jika berlaku sesuatu kepada hubungan mereka.
“Saya sorokkan hal pertunangan ini bukan kerana bimbang kehilangan peminat. Jika saya takut populariti merudum, sudah tentu saya akan rahsiakan hal perkahwinan.

“Saya mohon maaf kepada semua kerana merahsiakan pertunangan. Saya buat semua ini demi menjaga nama baik keluarga kedua-dua belah pihak. Saya tidak mahu keluarga kedua belah pihak menanggung malu jika sesuatu berlaku kepada perhubungan kami,” katanya


Sudah baca, harap komen:)

Posted by berbicara tanpa suara at 11:18 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: tuyaa's ENTRY

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Di Sebalik Tabir

Di Sebalik Tabir

to be mine

8A'S PMR 2011
BESTFRIENDS
9A'S SPM 2013
psycologist

FOREVERbestie

FOREVERbestie

relaXx

Blog Archive

  • ▼  2013 (7)
    • ▼  May (7)
      • we have ALLAH .
      • izzue islam's wedding :))
      • small matter , dear .
      • tips BELAJAR secara berkesan
      • SPMvictims .
      • heart :))
      • new born :))

Followers


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Light Red Pointer
Picture Window theme. Theme images by LonelySnailDesign. Powered by Blogger.